1malaysia pad tablet buatan malaysia
Sehubungan dengan perubahan pesat yang melanda dunia khususnya dalam era teknologi,Malaysia juga tidak mahu ketinggalan dimana syarikat tempatan MalTechPro Sdn Bhd telah memperkenalkan tablet pertama buatan Malaysia dikenali ’1Malaysia Pad’ yang dilengkapi aplikasi terkini dan skrin sesentuh

Telah diberitakan,mereka mensasarkan jualan awal sebanyak 5,000 unit dengan harga pengenalan RM999.Ciri tablet itu bersize 7 inci di samping aplikasinya juga dilengkapi dengan kemudahan 1Malaysia Messenger
Menariknya,dengan kemudahan yang dilengkapi, pemilik tablet yang sama boleh berhubung secara percuma dengan pesanan ringkas, menghantar gambar, rakaman video dan rakaman suara
Ia lebih menitikberatkan mesra pengguna dan bercirikan identiti Malaysia,seiringan dengan spesifikasi yang terdapat pada tablet jenama lain
Menggunakan sistem popular iaitu android dan dilengkapi dengan sambungan jalur lebar tanpa wayar dan 3G
Kelebihan kepada Pelajar institusi pengajian tinggi yang mempunyai kad diskaun siswa boleh membeli tablet tersebut dengan diskaun istimewa
Kepada yang berminat boleh menempah secara online di laman web www.maltechpro.com ataupun mengunjungi ejen jualan yang terdapat di seluruh negara