49 peserta bersih 3.0 dikehendaki polis
Polis telah mengenal pasti 49 orang termasuk seorang wanita, yang dipercayai terbabit dalam kejadian merusuh pada perhimpunan bertukar ganas dekat Dataran Merdeka, Sabtu lalu
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata kesemua mereka yang kini menjadi buruan polis dipercayai bertindak ganas seperti memukul polis dan orang awam serta merosakkan harta benda ketika perhimpunan itu
“Kesemua gambar 49 orang itu kita siarkan melalui pihak media,” katanya kepada pemberita
Sabtu lepas, peserta perhimpunan itu bertindak merempuh penghadang untuk memasuki Dataran Merdeka sekali gus melanggar perintah Mahkamah Majistret Kuala lumpur yang melarang kehadiran orang awam di dataran itu mulai 28 April hingga 1 Mei.
Mohmad berkata kesemua mereka akan disiasat mengikut Seksyen 143 dan 188 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan merosakkan harta benda awam