berita pasangan mengamuk di jpm jabatan perdana menteri

Kompleks B, di Jabatan Perdana Menteri kecoh apabila seorang lelaki dan wanita cuba menceroboh bangunan tersebut sambil membawa pedang samurai
Lelaki bertubuh sasa dan tidak berbaju itu bersama pasangannya yang berhijab hitam kelihatan masuk di pondok pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang
Bagi mengelak kejadian tidak diingini pasangan tersebut diminta masuk ke perkarangan bangunan

Bagaimanapun, kedua-duanya bertindak ganas memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam

Anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal memaksa tembakan dilepaskan
Suspek lelaki yang berseluar jeans cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut

Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali – UTUSAN