borang br1m 2.0 : pemohon baru

Borang BR1m 2.0 : Pemohon baru

Bantuan Rakyat 1Malaysia kali kedua ini juga dikenali sebagai BR1M 2.0.Menariknya kriteria penerima diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas

Rakyat Malaysia yang berkelayakan seperti syarat permohonan yang dinyatakan dibawah boleh mendaftar

Isi Rumah Syarat
Bantuan RM500
  • Warganegara Malaysia
  • Berpendapatan kasar RM3,000 sebulan ke bawah
  • Warga emas sebatang kara berumur 60 tahun ke atas

Untuk info,penerima sebelum ini tidak perlu lagi mendaftar untuk kali kedua.Mereka telah layak secara automatik

Definasi Isi Rumah

Adalah seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya

  • Berkahwin
  • Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
  • Bujang (Janda,Duda)yang mempunyai tanggungan dan warga emas  (sebatang kara)

Individu (Bujang) berumur 21 tahun keatas berpendapatan RM2000 ke bawah layak menerima bantuan RM250

Individu (Bujang) Termasuk Balu atau Janda mahupun duda Syarat
Bantuan RM250
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Berpendapatan RM2,000 sebulan ke bawah
  • Tidak mempunyai tanggungan
  • Bukan pelajar IPT kerana akan mendapat bantuan baucar buku RM250

Pemohon baru yang memenuhi  kriteria yang seperti telah dinyatakan boleh mendaftar mengisi borang bersertakan antaranya

  • Salinan kad pengenalan (MyKad) | Kad Polis | Kad Tentera (Jika memohon secara manual)

Borang boleh di dapati secara percuma menerusi

  • Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri
  • Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
  • Jabatan Pembangunan Persekutuan
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
  • Online di laman sesawang www.hasil.gov.my

entri dikemaskini borang br1m 2.0 : pemohon baru Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 boleh dilakukan secara online di laman web www.hasil.gov.my

Ataupun melalui borang mulai 1 November 2012 dan bayaran BR1M 2.0 dijangka diagihkan pada awal tahun 2013

entri dikemaskini borang br1m 2.0 : pemohon baru(31 Oktober)

Penerima BR1M sebelum ini perlu mendaftar semula (Kemaskini Maklumat) jikalau bertukar alamat atau kematian ketua isi rumah untuk membolehkan mereka menerima bantuan

entri dikemaskini borang br1m 2.0 : pemohon baru(1 November)

Perdaftaran secara online (sistem dalam talian) bagi bantuan tunai RM500 (Isi Rumah) dan bantuan tunai RM250 (Individu Bujang) mahupun pengemaskinian BR1M 1.0 boleh dilakukan dengan klik pada pautan (link) dibawah

https://ebr1m.hasil.gov.my/

Jika pemohon masih keliru dengan syarat permohonan sila rujuk nota pada laman pendaftaran tersebut

Manakala bagi panduan mengisi borang mengunakan Sistem Dalam Talian sila klik pada tajuk pautan disertakan

Panduan Sistem Dalam Talian (Online)

Untuk mengisi borang permohonan secara manual pemohon boleh memuat turun borang permohonan klik pada tajuk pautan dibawah

Borang Permohanan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

Borang yang telah diisi secara manual dengan lengkap dan teratur boleh dihantar ke cawangan LHDNM yang berdekatan atau kaunter LHDNM

Nota PentingHanya pemohon yang berjaya sahaja layak menuntut bayaran

Facebook : Komen dan Maklumat Dari Pembaca