calon spm maut : kemalangan di bukit belah bayan lepas
Calon SPM maut : Kemalangan di Bukit Belah Bayan Lepas
Di Pulau Pinang seorang pelajar maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta di Bukit Belah, Bayan Lepas pada 9 september 2012
Difahamkan mangsa berusia 17 tahun maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan teruk di kepala
Kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Perodua Viva yang dipandu laju dari arah Balik Pulau cuba memotong sebuah lori, namun pemandu kereta itu gagal mengawal kenderaannya lalu bertembung dengan dua motosikal dari arah bertentangan
Kemalangan itu menyebabkan motosikal yang dinaiki mangsa terpelanting sementara sebuah lagi motosikal yang dinaiki lelaki berusia 40-an terbabas dan terperosok di bahagian hadapan lori berkenaan