cinta monyet dengan ayam betina memang wujud

Cinta monyet dengan ayam betina memang wujud

Di Jawa Timur,Indonesia.Keakraban seekor monyet dan juga seekor ayam betina menyebabkan penduduk disitu mengatakan haiwan terbabit telah dilamun cinta.Kelakuan pelik haiwan ini juga mendapat tumpuan penduduk berdekatan

monyet cinta ayam cinta monyet dengan ayam betina memang wujud

gambar menunjukkan seekor monyet memeluk ayam betina di Desa Pasirian, Jawa Timur

Antara kelakuan yang mencuit hati,monyet itu dilihat memeluk dan mencium ayam kampung kesayangannya dengan penuh mesra

Menurut pemilik monyet dan ayam itu, Ali Murtadi, kisah cinta unik antara kedua-dua haiwan tersebut berlaku sejak setahun lalu

Dia berkata, monyet miliknya itu ditemui dari kawasan lereng di Gunung Semeru sebelum dipelihara dan dikurung dalam kandang di bawah pokok mempelam dekat rumahnya

Pada awalnya, haiwan itu liar namun setelah sebulan dipelihara, ia menjadi jinak

Saya terkejut apabila melihat ayam milik saya sering tidur bersama monyet. Namun, kini ia tidak lagi menjadi masalah,kata Ali

Kadangkala monyet itu menunjukkan kebolehannya menari dengan menggoyang-goyangkan badan menyebabkan ayam tersebut datang padanya

Semasa ayam datang, monyet tersebut menyambut kekasihnya dengan pelukan dan ciuman mesra

Aksi monyet dan ayam itu menjadi tumpuan ramai penduduk kampung apabila mereka sanggup datang untuk melihat percintaan antara kedua-dua haiwan itu selepas berita mengenainya tersebar

Semasa monyet dan haiwan itu berkasih-kasihan, penduduk kampung yang melihatnya akan tertawa

Facebook : Komen dan Maklumat Dari Pembaca