gagal hadir plkn : 3892 nama diserahkan kepada polis
Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) telah menyerahkan kepada polis 3,892 nama bakal pelatih yang gagal melaporkan diri untuk mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKB) sejak 2010

Ketua Pengarah JLKN, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, pihaknya menyerahkan kepada polis untuk membuat siasatan sebelum tindakan diambil terhadap pelatih terbabit
“Kami tidak ada pilihan selain menghantar nama mereka kepada pihak polis kerana sesiapa yang ingkar dan disahkan melanggar peraturan itu tidak diberi sebarang pengecualian atau penangguhan,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran pergerakan pelatih PLKN Kumpulan 3 Siri 9/2012 di Poly-Tech Mara
Katanya, JLKN mengambil masa untuk menyediakan senarai tersebut kerana perlu memastikan kesahihan setiap kes termasuk kegagalan pelatih memberi alasan kukuh untuk tidak menghadiri PLKN
Abdul Hadi berkata, mereka yang didapati bersalah akan didenda menjalani khidmat komuniti selama 240 jam — BERNAMA