gambar kereta satria polis langgar pagar rumah pm najib
Polis menolak kemungkinan kejadian lima anggotanya yang merempuh pagar kediaman rasmi Perdana Menteri di Presint 10, Putrajaya awal pagi semalam ada unsur khianat, sebaliknya hanyalah kemalangan biasa
Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, mangsa yang bekerja di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam cedera apabila kereta jenis Satria yang dinaiki mereka hilang kawalan dan terbabas

Keadaan kereta Proton Satria yang dinaiki lima anggota polis yang remuk selepas merempuh pintu pagar kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, ketika kejadian, anggota berusia antara 20 dan 22 tahun sedang bersiar-siar berhampiran di kawasan tersebut
Menurutnya, dua mangsa, masing-masing mengalami patah hidung dan patah kaki, kini menerima rawatan di Hospital Putrajaya
Tiga lagi cedera ringan. Siasatan awal tidak menolak kemungkinan mereka mengantuk atau memandu di bawah pengaruh alkohol, bagaimanapun kita akan meneliti rakaman kamera litar tertutup di kawasan kediaman itu terlebih dahulu bagi menyiasat punca sebenar kejadian
Polis akan mengambil keterangan daripada mereka dalam masa terdekat,katanya