GAMBAR PERHIMPUNAN BEBAS ANWAR 901 9 JANUARI 2012
Satu perhimpunan “Bebaskan Anwar 901″ telah diadakan pada hari ini oleh penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim bersempena tarikh 9 Jan 2012 yang merupakan keputusan bagi menentukan sama’ada beliau bersalah atau tidak dengan pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan
Jika sabit kesalahan, Anwar yang juga Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) bakal berhadapan dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan
Bagaimanapun, jika didapati bersalah, Anwar yang kini berusia 64 tahun tidak akan dikenakan hukuman sebat disebabkan faktor usia
Ikuti perkembangan sekitar perhimpunan “Bebas Anwar 901″di’bawah
Sekumpulan lelaki memakai topeng wajah Datuk Seri Anwar Ibrahim
Kira-kira 1,000 penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berkumpul di tempat letak kereta perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, walaupun sebelum itu hujan renyai-renyai
Melihatkan pada keadaan semasa jumlah penyokong makin bertambah dari masa ke semasa
Penyokong yang hadir itu antara lain membawa sepanduk yang tertera perkataan “Rakyat Hakim Negara” dan “Tolak Fitnah, Lawan Konspirasi”
Selanjutnya berkaitan perkembangan terkini dan perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim 2012,sila layari laman pada tajuk pautan di’bawah
Laporan langsung perbicaraan kes Liwat Anwar
