had pengeluaran penuh duit kwsp kekal umur 55 tahun

Had pengeluaran penuh duit KWSP kekal umur 55 tahun

55 tahun kwsp had pengeluaran penuh duit kwsp kekal umur 55 tahun

Kerajaan tidak bercadang menaikkan had usia bagi pengeluaran penuh caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dari 55 tahun kepada 60 tahun

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, keputusan kerajaan melanjutkan had usia persaraan minimum bagi pekerja swasta kepada 60 tahun baru-baru ini tidak melibatkan pengeluaran penuh KWSP

“Pada peringkat ini, kerajaan tidak bercadang melaksanakan sistem tersebut. Mereka yang mempunyai akaun dengan KWSP boleh mengeluarkan wang tersebut pada umur 55 tahun,” katanya

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian kain jubah, buah tamar dan air zam-zam kepada jawatankuasa masjid seluruh Parlimen Tambun

Facebook : Komen dan Maklumat Dari Pembaca