harga air mani dijual rm900 dan ovum wanita rm100 ribu

Harga air mani (Sperma) dijual RM900 dan Ovum wanita RM100 ribu – Wanita Malaysia dipercayai jual ovum

Fenomena jual beli ovum dan sperma untuk mendapatkan anak dipercayai turut dilakukan rakyat negara ini

Bekas Presiden Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM), Prof. Dr. Abdul Latiff Mohamed berkata, beliau tidak menolak kemungkinan ada klinik kesuburan dan hospital swasta di negara ini yang menjalankan perniagaan itu untuk meraih keuntungan

ovum dan sperma harga air mani dijual rm900 dan ovum wanita rm100 ribu

sperma boleh mencecah harga RM900 sebotol kecil manakala ovum kadangkala berharga RM100,000.

Harga sebotol kecil air mani lelaki di pasaran antarabangsa boleh mencecah antara RM650 hingga RM900 sebotol, bergantung kepada etnik, bentuk fizikal, latar belakang pendidikan dan kesihatan penderma

Ovum wanita pula pernah dijual sehingga RM100,000, katanya

Beliau diminta mengulas isu urus niaga sperma dan ovum di dunia yang dilaporkan mencecah nilai berbilion ringgit setahun. Denmark, misalnya, merupakan pembekal sperma terbesar dunia dengan mengeksportnya ke beberapa negara seperti Kanada, Kenya, Paraguay dan Hong Kong

Sperma dan ovum mendapat permintaan tinggi daripada pasangan gay dan lesbian, wanita yang enggan berkahwin, serta wanita yang sudah menopaus tetapi mahukan anak – kosmo

Facebook : Komen dan Maklumat Dari Pembaca