himpunan janji bersih 30 ogos 2012 tidak dihalang

Himpunan Janji Bersih 30 Ogos 2012 tidak dihalang

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kerajaan tidak menghalang ‘Himpunan Janji BERSIH’ yang akan diadakan pada 30 ogos ini sekiranya dibuat secara aman dan bertamadun

janji bersih himpunan janji bersih 30 ogos 2012 tidak dihalang

Beliau berkata, perhimpunan aman dibenarkan kerana ia termaktub dalam Akta

Perhimpunan Aman dan penganjur perlu mengikut undang-undang yang sedia ada. “Kita (kerajaan) tiada masalah sekiranya mereka adakan perhimpunan aman kerana negara kita mempunyai Akta Perhimpunan Aman. Apa yang penting penganjur tidak membabitkan isu politik dalam perhimpunan itu,” katanya selepas menyampaikan bantuan hari raya menerusi Program ‘Ihsan Ramadan dan Aidilfitri’

Nazri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perhimpunan yang dijadual diadakan di Dataran Merdeka pada 30 Ogos sempena sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini-Bernama

Facebook : Komen dan Maklumat Dari Pembaca