hukuman ponteng sekolah ikat leher pada tiang

Hukuman ponteng sekolah ikat leher pada tiang dikenakan bapa kepada anaknya

BATTAMBANG – Seorang bapa di Kemboja merantai leher seorang anak lelakinya pada sebatang tiang kayu elektrik di sini bagi menghukum remaja berkenaan yang ponteng sekolah untuk bermain permainan Internet, kata polis semalam

denda ponteng sekolah hukuman ponteng sekolah ikat leher pada tiang

Remaja berusia 13 tahun itu dirantai pada tiang elektrik sekitar dua jam

Jirannya kemudian menghubungi pihak polis yang tiba di tempat kejadian bersama seorang tukang kunci untuk membebaskan mangsa

“Si bapa amat marah apabila menemui anak lelakinya di sebuah kafe Internet dan bukan di sekolah sehingga dia sanggup merantai anaknya di khalayak sebagai pengajaran,” kata Timbalan Ketua Polis Battambang, Cheth Vanny

Menurutnya, mangsa turut dipukul oleh bapanya

Bapa berusia 40 tahun itu, Sok Thoeun yang bekerja sebagai pemandu teksi motosikal melarikan diri selepas insiden berkenaan yang berlaku pada Selasa lepas

Dia kini diburu polis kerana melakukan penderaan terhadap kanak-kanak.

“Dia sedang diburu,” kata pegawai berkenaan

“Penderaan seperti ini menyalahi undang-undang,” tambahnya lagi

Penggunaan Internet di Kemboja adalah antara yang terendah di Asia Tenggara dengan kurang 1.5 peratus daripada 14 juta penduduk Kemboja menggunakan kemudahan tersebut

Facebook : Komen dan Maklumat Dari Pembaca