info br1m 2.0 : kena daftar semula kalau tukar alamat

Info BR1M 2.0 : Kena daftar semula kalau tukar alamat

Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang bertukar alamat atau kematian ketua isi rumah perlu mendaftar semula bagi membolehkan mereka menerima bantuan pusingan kedua yang akan diagihkan awal tahun depan

BR1M 2.0 bantuan rakyat 1malaysia 2012 info br1m 2.0 : kena daftar semula kalau tukar alamat

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata mereka yang terlibat serta pemohon baru boleh mendaftar secara atas talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2.0 apabila pendaftaran dibuka 1 November 2012

Bagaimanapun, penerima BR1M sedia ada yang lain tidak perlu mendaftar semula

Menurut kenyataan itu, borang permohonan boleh didapati secara percuma di Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan atau dimuat turun melalui laman sesawang www.hasil.gov.my

Dalam perkembangan lain,bilangan isi rumah yang layak memohon skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun ini dijangka meningkat sebanyak 10 peratus berbanding tahun lalu

Sebahagian besar pemohon baru itu terdiri daripada rakyat yang memenuhi kriteria tetapi tidak mengemukakan borang permohonan pada tahun lalu

Facebook : Komen dan Maklumat Dari Pembaca