isu budak remaja umur 12 tahun kahwin muda di kulim kedah
Tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin muda ini,kerana berani menempuh alam perkahwinan walaupun pada umumnya menganggap umur semuda ini belum matang dan tidak layak untuk mendirikan rumahtangga
Pada usia begini majoriti pasangan remaja terus leka bercinta tetapi bagi Mohd. Fahmi Mohd. Alias, 18, dan Nur Fazira Saad, 12, mengambil jalan nekad dan berani untuk berkahwin bagi menguji sejauh mana kesetiaan mereka menghadapi cabaran hidup bersama dan ini adalah cara mereka untuk cegah gejala masiat

Mereka telah dinikahkan oleh Imam Masjid As-Sobirin Padang Cina di sini, Mohd. Nazar Husain pada 17 November lalu sebelum mengadakan majlis kenduri yang dihadiri kira-kira 200 tetamu di rumah pengantin lelaki di Kampung Naga Lilit Padang Serai
Menurut Mohd. Fahmi, perkahwinan adalah jalan penyelesaian terakhir bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini
“Saya berkahwin awal bagi mengelak timbul perkara buruk. Ini cara terbaik untuk kami mencegah maksiat,” katanya yang bersyukur keluarga isterinya memberi keizinan kepada mereka untuk bernikah

Mohd. Fahmi yakin pendapatannya sebanyak RM1,000 sebulan hasil bekerja membantu bapanya menguruskan kebun kelapa sawit cukup untuk menampung kos kehidupan bersama Nur Fazira
Isterinya itu yang akan mencapai usia 13 tahun pada 24 Disember ini pula yakin mampu melaksanakan tanggung jawab baharu sebagai isteri
“Apa yang penting ialah kasih sayang. Pasal anak kami belum fikirkan lagi,” katanya
