kapsul dragon selamat mendarat di bumi
Kapsul dragon selamat mendarat di bumi – Capsule Space X
Kapsul kargo kapal angkasa milik SpaceX, Dragon mendarat di Lautan Pasifik pada 31 Mei 2012, selepas mengadakan misi ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS)
Terdahulu Kapal kargo Dragon tanpa manusia ini telah dilancarkan menggunakan roket Falcon 9 dari Stesen Tentera Udara Cape Canaveral, Florida
Dragon kini berada dalam air,’’ kata NASA selepas syarikat Amerika Syarikat itu memaklumkan kepada mereka mengenai pendaratan yang berlaku pukul 11.42 pagi waktu tempatan
Ia sepatutnya akan mendarat di Baja, California dan lokasi sebenar pendaratan itu akan dimaklumkan kemudian