kl monorel rosak 183 penumpang terperangkap 11 ogos 2012
KL Monorel rosak 183 penumpang terperangkap 11 Ogos 2012-gambar dan video
Diberitakan seramai 183 penumpang monorail terperangkap kira-kira satu jam apabila pengangkutan awam itu rosak di landasan antara Stesen Tun Sambathan dan KL Sentral berhampiran Wisma Monorel di Jalan Tebing, Brickfields

Dalam kejadian pukul 2.19 petang itu, seorang wanita yang hamil empat bulan sesak nafas manakala dua penumpang lain cedera ringan akibat terkena serpihan kaca dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, sebanyak enam jentera dikejarkan ke lokasi kejadian untuk mengeluarkan penumpang di dalam gerabak itu