lelaki kudung henti kahwin melepasi sasaran 100 anak
Di Dubai,seorang lelaki berusia 65 tahun yang dikatakan paling produktif di dunia kini menikmati bulan madu dengan isteri barunya seoang gadis dari Baluchi berusia 19 tahun

Daad bersama keluarga besarnya dan kini hampir mencapai sasaran memiliki 100 orang anak
Lelaki yang bernama Daad Murad baru-baru ini mengahwini Nadia dari Turbat di Pakistan.Selain itu beliau juga memberitahu mengadakan hubungan seks dengan isteri remajanya enam kali sehari dari pagi hingga malam
Daad Murad yang kudung sebelah kaki menarik perhatian antarabangsa apabila cerita mengenainya disiarkan dalam muka surat depan majalah Emirates Today
Bercakap kepada laman web majalah itu, Daad berkata pengiraan zuriatnya kini menghampiri sasaran 100 orang anak. Bayi perempuan yang baru dilahirkan dalam keluarga itu hanya berusia sembilan bulan dan anak ke-94 dijangka lahir pada November atau Disember tahun ini
Daad berharap menjelang tahun depan beliau akan mempunyai 100 anak, satu rekod dunia dan beliau akan berhenti berkahwin dan menghasilkan zuriat
Kiraan bermula dengan anak ke-93. Seramai 15 anak saya sudah berkahwin dan mempunyai anak. Jumlah keseluruhan keluarga adalah 140 orang,katanya
Bercerita mengenai rahsia kekuatannya, Daad berkata beliau hanya mengambil campuran madu dengan daging burung puyuh kering
Saya tidak percaya dengan pengambilan bahan tambahan untuk seks seperti Viagra dan syukur kepada Tuhan, kerana mempunyai tenaga untuk memuaskan semua isteri saya,katanya