LELAKI THAILAND MENIKAHI MAYAT KEKASIHNYA
Seorang lelaki Thailand,yang dikenali sebagai Deff Yingyuen telah mencetuskan fenomena pelik,dimana dia telah menikahi kekasihnya yang sudah pun meninggal dunia
Perkahwinan ini mendapat publisiti yang meluas dimata dunia ekoran dia telah memuatkan foto dan video majlis perkahwinan menerusi laman sosial Facebook dan YouTube sekaligus mengundang persepsi yang positif mahupun negatif dari seluruh dunia
Difahamkan kedua-dua mereka sudah lama merancang untuk melangsungkan perkahwinan.Tetapi Deff telah meminta kekasihnya Sarinya “Anne” Kamsook bersabar kerana ingin menyelesaikan kuliah terlebih dulu, malah mereka juga cukup sibuk dengan kegiatan masing-masing
Tetapi malangnya kekasihnya yang dicintai selama 10 tahun itu telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalanraya pada 3 Januari lalu diusia 29 tahun.
Dalam upacara perkahwinan yang diadakan pada 9 Januari 2012,Deffy, telah mengenakan pakaian pengantin serba hitam manakala mempelai Kamsook pula berpakaian busana pengantin putih lengkap dengan kaus tangan.Gambaran lebih jelas lagi saksikan video youtube dibawah