mak nyah jadi pramugari

Mak Nyah diterima sebagai pramugari di Thailand

BANGKOK – Seramai empat mak nyah diambil bekerja sebagai pramugari PC Air dalam kempen pengambilan pekerja baharu syarikat penerbangan berkenaan di Thailand

pramugari mak nyah mak nyah jadi pramugari

PRAMUGARI mak nyah Chayathisa Nakmai CHAYA (kanan) sedang bertugas dalam sebuah pesawat PC Air

Saya suka kerja yang membolehkan saya menonjolkan kebolehanS suka memakai seragam yang cantik, kata seorang pramugari mak nyah, Phuntakarn Sringern, 25, yang lebih dikenali sebagai Mew semasa mula bertugas dalam penerbangan ke Hong Kong

Rakan sekerjanya, Chayathisa Nakmai, 24, yang juga seorang mak nyah berkata, dia sudah lama bercita-cita untuk menjadi seorang pramugari

Namun, syarikat penerbangan hanya menawarkan jawatan pramugari dan pramugara kepada wanita dan lelaki, orang seperti kami tidak diterima. Kini, segalanya sudah berubah,Chayathisa

Penampilan mereka yang sama seperti pramugari lain menyebabkan penumpang tidak menyedari bahawa Mew dan rakan-rakannya ialah mak nyah

Semasa pesawat berada di udara, beberapa penumpang penerbangan tersebut turut mengambil kesempatan bergambar dengan mereka

Oh, saya tidak tahu mereka mak nyah. Mereka nampak cantik dan sopan,” kata seorang penumpang yang menamakan dirinya Bay ketika ditemu bual pemberita

Thailand memiliki budaya toleransi terhadap orientasi seksual dengan mak nyah dianggap sebagai jantina ketiga di negara itu – AFP

Facebook : Komen dan Maklumat Dari Pembaca