misi balas dendam terhadap buaya bujang sebelak

Misi balas dendam terhadap buaya bujang sebelak

Saratok – Ketua rumah panjang Nanga Sungai Anak, Roban di sini, Embol Asum, 48, yang kehilangan isteri selepas dibaham seekor buaya tekad untuk memburu haiwan yang dikenali sebagai Bujang Sebelak bagi melunaskan dendam antara mereka

Embol berkata, penduduk kampung telah menahan pukat di kuala Sungai Anak bagi mengelakkan buaya sepanjang kira-kira lima meter dan ukur lilit sebesar tong dram itu terlepas ke Sungai Sebelak

Perasaan geram dan marah saya hanya akan hilang selepas berjaya memburu binatang bermata satu itu (buta mata sebelah kiri)

Saya mahu menghapuskan buaya itu yang telah menyebabkan dua anak perempuan saya kehilangan ibu mereka,tegasnya

Tambahnya, dia juga akan menggunakan khidmat bomoh buaya bagi menangkap reptilia itu yang dipercayai telah membunuh dua lagi mangsa di Sungai Sebelak sejak tahun 2010

Terdahulu dalam kejadian pukul 5.30 petang itu, Embol bersama lima penghuni rumah panjang yang turut berusaha membantunya sekadar dapat melihat buaya dianggarkan sepanjang lima meter itu mengheret Siah(isteri) yang terkapai-kapai di dalam mulutnya ke tengah sungai itu yang juga anak Sungai Sebelak

Mayat ibu kepada dua orang anak itu ditemui tersangkut dalam pukat kira-kira 200 meter dari tempat serangan pukul 9.30 malam sebelum dibawa ke Hospital Saratok

Facebook : Komen dan Maklumat Dari Pembaca