pemilik permohonan nombor pendaftaran www

Pemilik permohonan nombor pendaftarann WWW

Keputusan penuh bagi nombor pendaftaran siri WWW telah dikeluarkan melalui portal JPJ (www.jpj.gov.my) pada hari ini, Isnin 28 Mei 2012 dan surat rasmi berhubung keputusan bidaan akan dikeluarkan mulai 6 Jun 2012

Nombor tersebut dijangka boleh didaftarkan pada 15 Jun 2012 dan pembida boleh memilih untuk menerima surat keputusan secara pos atau datang sendiri ke pejabat JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wangsa Maju

Dalam pada itu,untuk pembida yang berjaya dan disenaraikan,bayaran baki bidaan perlu dijelaskan dalam tempoh sebulan dari tarikh surat keputusan dan kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan nombor pendaftaran tersebut ditarik balik

Untuk yang tidak berjaya pula,difahamkan bayaran akan dipulangkan deposit berdasarkan alamat yang diberikan dalam sampul surat yang disertakan bersama permohonan

Terdahulu,tempahan nombor pendaftaran kenderaan WWW yang bermaksud World Wide Web itu telah dibuka selama 14 hari pada 30 April hingga 14 Mei 2012 dan mencatat rekod baru apabila nombor WWW1 mencapai nilai bidaan RM520 ribu

Dibawah adalah senarai permohonan tender yang berjaya

No Pendaftaran WWW pemilik permohonan nombor pendaftaran www

Facebook : Komen dan Maklumat Dari Pembaca