pengasuh kejam-pusat asuhan Taman Kota Masai

Dua orang pengasuh bertindak kejam dalam menunaikan tanggungjawab menjaga bayi di pusat asuhan Taman Kota Masai,Johor Bharu dengan melakukan perbuatan berunsurkan penderaaan dengan kejam menampal pita pelekat pada mulut bayi jagaan mereka manakala tubuh pula dililit ketat dengan kain bedung

Video budak kena dera Taska Permata Kota Masai pengasuh kejam pusat asuhan Taman Kota Masai

Difahamkan perbuatan tanpa belas kasihan ini dilakukan sebagai tanda protes terhadap majikan mereka

Tidak cukup dengan itu, dua pengasuh terbabit turut membuat rakaman video gambar tujuh bayi di bawah jagaan mereka itu sebelum rakaman berkenaan diedarkan kepada umum

Berikutan perbuatan khianat dua wanita berusia 20 dan 22 tahun itu, pemilik pusat asuhan berkenaan, Shaherah Abd Malik berdepan pelbagai masalah untuk menjelaskan apa sebenarnya berlaku kepada pelbagai pihak yang memandang serong terhadapnya

Ini perbuatan khianat. Hakikatnya, saya dan pengasuh lain tidak pernah mengabaikan kebajikan bayi serta kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan kami

Dua bekas pekerja saya itu sengaja berbuat demikian bagi merosakkan nama baik dan perniagaan saya,katanya

Berikut merupakan video yang berdurasi hampir 1 minit 14 saat yang dirakamkan setelah bayi dalam jagaan mereka diperlakukan dengan sedemikian rupa

Facebook : Komen dan Maklumat Dari Pembaca