sri wani choo abdullah memang perempuan
Rentetan daripada isu suami Sri Wani Choo Abdullah yang memfailkan faraq dengan mendakwa bahawa isterinya,Sri Wani Choo adalah berjantina lelaki sebelum ini terungkai tatkala ibu saudara Sri Wani, Connie Chee,seorang kerani di sebuah syarikat swasta,mengemukakan bukti
Connie memberitahu, Sri Wani diserahkan kepada ibu bapanya (Connie) sejak lahir dan anak saudaranya itu membesar sebagai seorang perempuan
Sampai bila-bila pun dia tetap perempuan kerana itu adalah dia. Saya ada bukti kukuh. Saya dan adik-beradik lain membesar bersamanya, malah saya yang mandikan dia
Dari kecil sampai sekarang, Sri Wani tidak rahsiakan apa-apa dengan saya. (Oleh itu) hentikanlah fitnah. Kasihankan dia,” katanya dalam nada sedih mengenangkan nasib Sri Wani
Terdahulu Dr Bahrom Sanugi,memfailkan faraq (membubarkan perkahwinan) dengan Sri Wani Choo Abdullah berdasarkan bukti, termasuk sijil lahir serta nombor kad pengenalan Sri Wani yang menyatakan dia adalah lelaki berdasarkan nombor terakhir iaitu nombor ganjil
Namun kes ini masih lagi dalam siasatan
