TARIKH TUTUP PERMOHONAN BR1M DILANJUTKAN 10 FEBRUARI 2012

Tarikh tutup permohonan BR1M 10 Februari 2012.Kerajaan telah melanjutkan tempoh penerimaan borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) selama satu bulan, sehingga 10 Februari depan

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, orang ramai yang lewat menyerahkan borang permohonan BR1M masih boleh menghantar borang permohonan itu ke pejabat cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, sehingga tarikh tersebut

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, beliau berkata, sejumlah 4,123,713 borang BR1M telah diterima dari seluruh negara sehingga 10 Januari

Daripada jumlah itu, katanya 3,850,668 borang telah dimasukkan ke dalam sistem data bagi tujuan pengesahan.Sehingga 10 Januari juga 3,102,054 permohonan telah diluluskan

Ahmad Husni berkata, baki permohonan sedang melalui proses pengesahan dan dijangka selesai pada 13 Januari ini

Bagi pemohon yang gagal, rayuan semula boleh dibuat,katanya

Kementerian Kewangan telah menyediakan format khas untuk rayuan BR1M yang boleh di dapati di pejabat cawangan LHDN dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, serta dimuat turun daripada laman web Kementerian Kewangan (www.treasury.gov.my). — BERNAMA

Facebook : Komen dan Maklumat Dari Pembaca