terkini perhimpunan bersih 3.0 28 april 2012

Terkini perhimpunan Bersih 3.0 28 April 2012

bersih 3.01 terkini perhimpunan bersih 3.0 28 april 2012

Perhimpunan Bersih 2012 atau Bersih 3.0 yang optimis terhadap matlamat mereka iaitu Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil di Malaysia akan diadakan di Dataran Merdeka dan sekitar pusat bandar Kuala Lumpur

Meskipun begitu,pihak mahkamah telah melarang mereka berkumpul di Dataran Merdeka,larangan tersebut dipatuhi oleh Pengerusi Bersih 3.0, Datuk S. Ambiga tetapi menurutnya peserta demonstrasi akan bergerak sehampir mungkin dengan Dataran Merdeka dan akan berkumpul di tempat-tempat yang tidak dilarang mahkamah

Tema Bersih 3.0 duduk bantah,di lokasi tersebut bermula jam 2 petang hingga 4 petang

Video Penyokong Bersih 3.0 mula berkumpul pada malam 27 April 2012

Kronologi Perhimpunan Bersih 3.0 2012

8.15 pagi: Suasana di KL Sentral mula sibuk dengan kehadiran orang awam. Tiada penyokong Bersih kelihatan di sekitar bangunan KL Sentral

8.45 pagi: Masih tidak kelihatan penyokong Bersih di sekitar bangunan KL Sentral. Orang awam kelihatan sibuk dengan aktiviti masing-masing

9.00 pagi: Suasana di Masjid Negara tenang sejak pukul 8 pagi tadi. Kebanyakan penyokong dan orang awam menghabiskan masa dengan membaca surat khabar dan tak kurang juga yang tidur di hadapan masjid

9.05 pagi: Penyokong Himpunan Hijau mula berkumpul di laluan masuk ke KLCC, Jalan Ampang

9.06 pagi: Sekumpulan kecil penyokong tiba di Pasar Seni dengan membawa bersama dram dan tamborin

Lebih 30 anggota polis membuat persiapan mengawal keadaan di sini

Kira-kira 25 anggota polis yang lain berada di persimpangan Jalan Tun Perak dan Leboh Ampang, mengenakan sekatan bagi laluan menghalang ke Dataran Merdeka

9.10 pagi: Tiga trak polis tiba di Jalan Tun Perak berhampiran stesen LRT Masjid Jamek

9.15 pagi: Kelihatan sekumpulan penyokong Bersih membeli token LRT di stesen KL Sentral untuk ke beberapa stesen seperti Masjid Jamek, Pasar Seni di mana kolasi penyokong Bersih berkumpul

Helikopter berlegar-legar memantau keadaan

9.30 pagi: Penyokong Bersih semakin ramai berkumpul di Masjid Negara. Petugas media turut membanjiri kawasan itu

9.41 pagi: Suasana sekitar Jalan Brickfields berhampiran kolam air pancuran masih lengang. Kelihatan beberapa kenderaan polis bersama sekumpulan anggota mula mengawasi kawasan sekitar

9.45 pagi: Beratus-ratus penyokong Bersih memenuhi kawasan sekitar stesen LRT Masjid Jamek

Ada segelintir penyokong melaungkan ‘Reformasi’ ketika berarak membawa sepanduk

10.10 pagi: Penyokong Bersih membawa sepanduk ‘EC Resign Now’ (Suruhanjaya Pilihan Raya Bersara Sekarang) yang turut tertera kenyataan ‘From the concerned people-the rakyat’ (daripada Rakyat yang prihatin), dari stesen LRT Masjid Jamek menghala ke Dataran Merdeka

10.15 pagi: Suasana di KTM lengang. Mereka yang menaiki komuter terus bergerak ke Masjid Negara

Jumlah penyokong Bersih 3.0 di kawasan sekitar stesen LRT Masjid Jamek dan sepanjang Tun Perak kini lebih 1,000 orang

10.20 pagi: Lebih 30 anggota polis berjalan menghala ke arah Dataran Merdeka dan kehadiran mereka mendapat tepukan gemuruh daripada para penyokong Bersih

10.25 pagi: Buat pertama kalinya, penyokong Bersih di Masjid Negara melaungkan Allahuakbar di Masjid Negara Laungan berikutan sekumpulan penyokong beratur memakai kemeja-T Bersih

10.30 pagi: Unit Amal PAS yang berkumpul di Masjid Negara mula memberikan taklimat kepada penyokong

10.32 pagi: Pengerusi Bersih, Datuk S.Ambiga melalui Jalan Sultan Hishammuddin menuju ke KTM. Ambiga bertopi dan berkaca mata hitam

Mereka turut menyanyikan lagu tanggal 31 Merdeka tetapi menukar kepada tangga 28 April

10.35 pagi: Mat Sabu tiba di Masjid Negara. Semua penyokong duduk seperti slogan ‘Duduk dan Bantah’

10.50 pagi: Kira-kira 20 penyokong Bersih mula berkumpul di kawasan Air Pancuran Little India. Mereka mula memasang kain rentang ‘Duduk Bantah Dataran Merdeka’

10.55 pagi: Kumpulan yang berkumpul di kawasan Brickfields mula bersorak ‘Hidup!Hidup! Bersih! Bersih!

11.00 pagi: Pemangku Presiden Makkal Sakti, V. Vathemurty yang mengetuai kumpulan penyokong Bersih di Air Pancuran Little India, Brifields berkata, mereka akan mula berarak ke Dataran Merdeka melalui Jalan Travers atau Jalan Tun Sambathan

11.19 pagi: Di Air Pancuran Little India, Brickfields, kira-kira 100 penyokong Bersih mula berkumpul. Mereka dijangka bergerak ke Dataran Merdeka pada pukul 12 tengah hari. Kumpulan itu memakai kemeja-T Bersih

11.30 pagi: Para penyokong Bersih duduk di atas Jalan Tun Perak, beramai-ramai sambil bersorak ‘Reformasi’ dan ‘Allahuakbar’ serta ‘Hidup Bersih’, Hidup Rakyat, Duduk Bantah’

11.34 pagi: Penyokong Bersih di Little India bersorak ‘Hidup Rakyat, Selamatkan Malaysia’. Kumpulan berkenaan diketuai Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr. Xavier A. Jeyakumar

11.36 pagi: Kumpulan yang berkumpul di Little India diedarkan notis kecil ‘Jika anda ditahan, sila SMS:(1) Nama Penuh (2)No Kad Pengenalan (3) Balai Polis kepada 0133845740

11.40 pagi: Ratusan penyokong Bersih dari arah Dataran Merdeka berarak di Jalan Tun Perak menghala ke arah Menara Maybank sambil melaungkan ‘Reformasi’ dan ‘Hidup Rakyat’

11.50 pagi: Sejumlah besar penyokong Bersih kembali duduk di tengah-tengah persimpangan Jalan Hang Lekiu dan Jalan Tun Perak dengan bersorak ‘Reformasi’, ‘Duduk’, ‘Bantah’, ‘Hidup Rakyat’ dan ‘Hancur BN’

12 tengah hari: Kira-kira 200 penyokong Bersih di Brickfields mula bergerak ke Dataran Merdeka.Kumpulan itu bergerak sambil bersorak ‘Hidup!Hidup!Bersih!Bersih

12.04 tengah hari: Perarakan penyokong Bersih ke Dataran Merdeka melalui Jalan Tun Sambanthan mengakibatkan lalu lintas sesak. Namun pihak polis mengawal keadaan dengan baik

12.05 tengah hari: Ribuan penyokong Bersih dan Himpunan Hijau berarak di sepanjang Jalan Tun Perak di keduad-dua arah, menghala ke Dataran Merdeka

Masing-masing melaungkan sorakan ‘Bersih’ dan ‘Stop Lynas’

12.15 tengah hari: Bekas pemimpin veteran Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berada di Masjid Negara. Turut kelihatan Penasihat DAP, Lim Kit Siang

12.20 tengah hari: Sebahagian besar penyokong Bersih dan Himpunan Hijau duduk di tengah dan bahu jalan di sepanjang Jalan Tun Razak dari stesen LRT Masjid Jamek hingga ke Dataran Merdeka

12.36 tengah hari: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai kumpulan penyokong yang berhimpun di Masjid Negara

12.40 tengah hari: Penyokong Bersih kelihatan menikmati makan tengah hari di restoran India Muslim di stesen KTM

12.55 tengah hari: Anwar berucap di hadapan ribuan penyokong Bersih. Bersama beliau ialah Datin Seri Wan Azizah, Mohamad Sabu, Kit Siang

Mohamad Sabu mengetuai kumpulan itu menyanyikan lagu ‘Merdekakan Dataran Merdeka’. Anwar turut menyanyi bersama

Menurut Anwar, kumpulan yang berhimpun di Masjid Negara akan bergerak ke Dataran Merdeka selepas waktu Zohor

Kronologi Perhimpunan Bersih 3.0 sebelah petang

Facebook : Komen dan Maklumat Dari Pembaca