ular sawa jenis anaconda kuning lahir 30 ekor anak
KUALA PILAH – Taman Ular Sawa Hutan Rekreasi Ulu Bendul dekat sini menerima ahli baharu apabila dua ekor ular sawa jenis Anaconda Kuning melahirkan sebanyak 30 ekor anak pada 3 dan 19 Mei lepas

Sebahagian daripada 30 ekor anak ular Anaconda Kuning yang lahir pada 3 dan 19 Mei lepas di Taman Ular Sawa di Kuala Pilah
Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Ahmad Fadzil Abdul Majid berkata, ibu pertama ular itu melahirkan tiga ekor anak manakala ibu kedua pula sebanyak 27 ekor
Ular spesies ini tidak menetaskan telur tetapi melahirkan anak. Anak-anak ular itu berukuran 30 sentimeter dan berat antara 200 hingga 300 gram
Kami mengasingkan anak-anak ular ini daripada ibunya dan dikuarantin selama enam bulan. Selepas itu, kami akan lihat perkembangannya sebelum ia dipamerkan,” katanya kepada Bernama