WANITA PALING GEMUK DI BRITAIN TAHUN 2012
Usah ditanya mengapa Brenda Flanagan Davies diitiraf sebagai wanita paling gemuk di Britain,lihatlah menu santapan hariannya ialah pizza, enam botol air berkarbonat dan coklat
Tabiat permakanan ini mendatangkan implikasi yang negatif sekaligus menyebabkan dia tidak pernah meninggalkan rumahnya sejak empat tahun lalu dan hanya terlantar di katil melakukan rutin harian “makan dan tidur”
Dalam pada itu, dia juga tidak pernah sekali pun duduk di ruang tamu kerana dengan berat 254 kilogram, dia tidak mampu berjalan dari katil ke situ
Berasal dari Gateshead, Brenda kini menjadi wanita paling berat di Britain disahkan selepas kematian Sharon Mevsimler pada 2010.Ketika meninggal dunia, berat Sharon ialah 286 kilogram
Media semalam melaporkan, Brenda memakan lebih 6,000 kalori sehari, termasuk sembilan bar coklat dan tiga liter minuman berkarbonat.Jumlah kalori yang disarankan bagi wanita dewasa hanya 2,000
Saiz badan yang besar melampau itu memaksa Brenda terperap di katil dan disebabkan ketagihannya untuk makan, sebuah peti sejuk padat berisi coklat dan minuman ringan ditempatkan di sebelahnya
Kini, Brenda merayu bantuan selepas doktor memberinya amaran supaya mengubah sikap atau berdepan dengan maut dalam waktu terdekat.Kata Brenda, dia menghabiskan masanya di atas katil semata-mata
Tetapi itu bukanlah hidup sebenar,katanya
Menurut Brenda, dia mencuba pelbagai disiplin pemakanan tetapi ia tetap gagal menghalangnya untuk makan.
Saya tak mampu berjalan ke bilik mandi yang terletak hanya enam meter dari katil tanpa tercungap-cungap,katanya
