kad merah kepada nazmi faiz tumbuk kapten qatar

Kad merah kepada Nazmi Faiz tumbuk kapten Qatar – Perlawanan Persahabatan Malaysia U22 vs Qatar U22

Pengadil terpaksa melayangkan kad merah kepada Nazmi Faiz ekoran,beliau telah mengasari ketua pasukan Qatar semasa perlawanan persahabatan diantara Harimau Muda  menentang pasukan Qatar bawah 22 di Stadium Shah Alam jam 4.30 petang tadi,17 Jun 2012

Pada perlawanan tersebut Malaysia menewaskan Qatar 2 – 0 hasil jaringan Irfan Fazail di  minit ke 27  dan Rozaimi Rahman minit ke 68

Insiden itu berpunca daripada Kapten Qatar, Abdelkarim Hassan Fadlalla yang mengasari rakan sepasukan, Mohd. Azrif Nasrulhaq

Melihat kepada situasi itu Nazmi dipercayai berang  dan hilang sabar dengan tindakan itu lalu menumbuk kapten Qatar sebagai tanda protes

Namun,Nazmi memohon maaf kepada para peminat dan menegaskan insiden tadi tiada kena-mengena dengan kisah peribadi dimana tersebar gosip liar yang mengatakan beliau adalah seorang playboy

“Terus-terang saya beritahu kenapa saya hilang sabar. Saya tidak tahu. Apapun ia tidak mengganggu konsentrasi saya dan tidak mengambil peduli mengenai kisah peribadi saya,” jelas Nazmi kepada pemberita ketika ditemui selepas perlawanan

Nazmi juga memberitahu, dia berjanji untuk bertindak dengan lebih matang sambil menegaskan tidak akan menghadapi masalah untuk memberikan tumpuan penuh menjelang kelayakan Piala AFC pada 23 Jun ini

Sementara itu, pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee menasihatkan Nazmi supaya bertindak lebih profesional dan matang

Kepada peminat bola sepak tanahair,siaran tertunda perlawanan ini akan disiarkan oleh rtm menerusi saluran tv1 tepat jam 12 tengah malam nanti

Facebook : Komen dan Maklumat Dari Pembaca