kelantan juara liga super 2012

Kelantan Juara Liga Super 2012

Kejuaraan Liga Super 2012 menjadi milik Kelantan.Ia disahkan menerusi kemenangan dengan penuh bergaya selepas membelasah Perak 6-0 di Stadium Sultan Muhammad IV pada saingan ke-24 perlawanan liga

Kemenangan tersebut menterjermahkan The Red Warriors menjuarai liga musim ini, meskipun saingan masih berbaki dua perlawanan selepas mengumpul 57 mata setakat ini sekaligus meninggalkan pencabar terdekat Lions XII

Lebih manis lagi,kejayaan itu disaksikan dihadapan kira-kira 20 ribu penyokong sendiri juga dengan sokongan padu penyokong mereka, The Red Warrrors beraksi garang dengan ledakan lima gol pada separuh masa pertama

Sebelum Indra Putra Mahyuddin melakar hatrik,beliau terlebih dahulu menjaringkan gol awal Kelantan  pada minit ke 16 diikuti Mohd. Ghaddar menambah derita pelawat dua minit ke 18. Selang empat minit kemudian gawang Perak bocor lagi melalui rembatan leret ketua pasukan Kelantan, Mohd. Badri Radzi

Tidak ketinggalan juga,Nurul Azwan Roya mencipta nama sebagai penjaring setelah menyumbat gol untuk Kelantan  pada minit ke 39

Kapten Perak, Shahrul Nizam Mustapha yang gagal mengawal emosi dilayangkan kad merah pada minit ke 45 oleh pengadil perlawanan, ekoran tercetus insiden dengan Mohd. Ghaddar

Meskipun bermain dengan 10 orang, Perak berjaya mengelak gawang mereka daripada dibolosi lebih banyak gol pada separuh masa kedua

Kekalahan tersebut meyebabkan Perak kini di posisi ke-4 liga dengan pungutan 39 mata

Facebook : Komen dan Maklumat Dari Pembaca