keputusan england vs italy suku akhir euro 2012

Keputusan England vs Italy suku akhir  euro 2012 – video

Aksi perlawanan yang penuh dramatik di Stadium Olympic, Kiev pertemuan di antara kedua pasukan ini dalam saingan suku akhir yang menyaksikan Itali menewaskan England 4-2 menerusi sepakan penalti setelah aksi 120 minit permainan terikat seri tanpa jaringan

Dengan kemenangan ini Italy ke separuh akhir bertemu Germany pada 29 Jun ini

England di awalnya bermula garang dengan melakukan percubaan terbaik menerusi Glen Johnson yang memaksa penjaga gol Italy,Buffon mengunakan sebelah tangan untuk menyelamatkan percubaan tersebut

Begitu juga dengan Italy,mereka nyaris memperolehi gol awal,tetapi tendangan Daniele De Rossi hanya singgah di penjuru kanan tiang gol yang di kawal oleh Hart

Separuh masa kedua menyaksikan Italy lebih banyak mendominasikan permainan dengan serangan-serangan yang mampu menghasilkan gol,tetapi berjaya dipatahkan oleh barisan pertahanan terutamanya Lescott dan Terry

Perlawanan berlarutan sehingga masa tambahan,di minit ke 115  tandukan gol Antonio Nocerino membuat penyokong Three Lions diam seketika tetapi gol tersebut dibatalkan pengadil kerana Antonio Nocerino  terlebih dahulu offside

Secara keseluruhannya dalam aksi 30 minit masa tambahan England hanya mampu bertahan hingga berjaya membawa keputusan kepada penentuan sepakan penalti yang berkesudahan mereka tewas 2-4

Video highlights

Facebook : Komen dan Maklumat Dari Pembaca