keputusan germany vs portugal 10 jun 2012 euro video

keputusan Germany(Jerman) vs Portugal 10 Jun 2012 Euro video

Sebelumnya sukar untuk meramalkan kemenangan akan berpihak kepada pasukan mana dalam saingan kumpulan B Jerman lwn Portugal kerana masing-masing mempunyai nilai keupayaan tersendiri

Tapi akhirnya terjawab,dimana kemenangan berpihak kepada Jerman yang menewaskan Portugal dengan jaringan gol tipis 1 – 0.Dengan kemenangan ini Jerman sekaligus mencerahkan peluang untuk ke suku akhir meskipun berada dalam kumpulan maut

Germany memperolehi gol menerusi tandukan bintang penyerang kelab Bayern Munich, Mario Gomez  pada minit ke 72

Separuh masa pertama perlawanan menampakkan penguasaan Jerman dengan serangan demi serangan dilancarkan ke kubu lawan. Namun, tiada sebarang percubaan berbahaya yang mampu memecah benteng lawan

Dalam usaha mencari gol penyamaan, Cristiano Ronaldo dan rakan-rakan melancarkan serangan bertali arus,hasilnya salah satunya melibatkan sepakan lencong Nani dari luar kotak penalti yang sekali lagi mengenai palang gol pada minit ke-84

Empat minit kemudian penjaga gol Jerman, Manuel Neuer menjadi penyelamat apabila meluru keluar setelah berdepan satu sama satu dengan pemain gantian Portugal, Nelson Oliveira untuk menampan bola tolakan pemain itu dari dalam kotak penalti

Facebook : Komen dan Maklumat Dari Pembaca