keputusan greece vs czech rep 12 jun 2012 euro video

Keputusan Greece vs Czech Rep 12 Jun 2012 Euro Video

kelekaan barisan pertahanan Greece dibabak awal permainan membawa padah kepada pasukan mereka,apabila tewas kepada Republik Czech 1-2 pada aksi saingan perlawanan kedua dalam kempen kumpulan A Euro 2012

Czech Republic di depan seawal minit ke 3 menerusi rembatan bola Petr Jiracek hasil lorongan cantik T. Hubschman.Gol pertama ini memberikan semangat kepada pasukan mereka sekaligus menambah gol kedua hasil jaringan Vaclav Pilar berpunca daripada hantaran Gebre Selassie pada minit ke 6

Di babak kedua Greece menukar gear permainan,hasilnya mereka berjaya merapatkan kedudukan hasil daripada kesilapan penjaga gol Czech,Petr Cech’s yang gagal menangkap kemas bola dan memberi peluang kepada Fanis Gekas menjaringkan gol

Meskipun Greece mendominasi perlawanan di separuh masa kedua,teknik bertahan pemain Czech mengagalkan usaha mereka untuk memburu gol penyamaan sehingga tamat permainan

Dengan keputusan ini,Republik Czech memungut 3 mata berharga.Terdahulu pada aksi menentang Russia mereka tewas 1-4

Facebook : Komen dan Maklumat Dari Pembaca