keputusan terkini malaysia vs singapura 12 jun 2012
Malam ini,skuad Harimau Malaya pula melayan kunjungan Singapore di Stadium Shah Alam dalam aksi perlawanan persahabatan kedua setelah beraksi pada pertemuan pertama di Stadium Jalan Besar.Dalam perlawanan tersebut kedua-dua pasukan mencatat keputusan seri 2-2
Meskipun gelanggang berbeza,tetapi hakikatnya misi tetap sama iaitu untuk melihat kemampuan pemain negara yang dipimpin oleh jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagobal mempamerkan aksi terbaik dalam usaha memburu kemenangan
Bercerita mengenai perlawanan pertama tempoh hari berlaku sedikit salah faham yang memaksa pengadil melayangkan kad kuning kepada tonggak pertahanan negara, Aidil Zafuan Abdul Razak dengan alasan melakukan provakasi ke atasnya
Situasi yang berlaku ini telah mencetuskan kontroversi dan menjadi bahan bualan peminat bola sepak tanah air gara-gara pengadil dari Hong Kong, Ng Kai Lam memberikan sepakan percuma dalam kotak penalti Malaysia yang menjadi punca gol pertama dan kebangkitan Singapura
Biar apa pun yang terjadi,penyokong setia bola sepak tanahair sangat mendambakan kemenangan daripada pasukan Malaysia sepanjang siri perlawanan persahabatan
Ikuti keputusan yang akan dikemaskini secara live score dalam ruang ini
| Malaysia lwn Singapura | Status | Gol (Mas) | Gol (Sin) |
|---|---|---|---|
| Malaysia ( 2 ) – ( 0 ) Singapura | keputusan penuh | Shakir Ali 19′Safiq Rahim 61′ |
Video Jaringan Gol