keputusan netherlands vs germany 14 jun 2012 euro video
Hasrat Belanda untuk memungut 3 mata berharga menentang Germany pada saingan kedua kempen peringkat kumpulan B Euro 2012 tidak kesampaian apabila pasukan mereka tewas 1 – 2
Germany terlebih dahulu di depan menerusi jaringan Mario Gomez pada minit ke 24 yang bijak menyempurnakan umpanan daripada Bastian Schweinsteiger
Pada minit ke 38 Mario Gomez sekali lagi mengembirakan penyokong Germany,apabila menjaringkan gol kedua setelah menerima lorongan cantik dari Bastian Schweinsteiger
Kerapuhan benteng pertahanan Belanda nyaris-nyaris membolehkan Germany menambah gol
Di babak kedua Belanda memantapkan jentera serangan mereka,meskipun memperolehi peluang menjaringkan gol,tetapi penyudah yang kurang berkesan membantutkan usaha mereka untuk mendapat gol pertama
Sehinggalah pada minit ke 74,Robin van Persie memecahkan kebuntuan Belanda mendapat gol dengan membuat rembatan dari luar kotak penalti yang berjaya menewaskan penjaga gol lawan
Gol tersebut sudah terlewat buat mereka untuk menyamakan kedudukan
Kekalahan ini sekaligus menutup ruang untuk Belanda ke peringkat suku akhir.Ini adalah kekalahan kedua Belanda selepas di aibkan oleh Denmark 0 -1 tempoh hari
Germany kini kekal sebagai pendahulu kumpulan B dengan 6 mata
Video highlights Holland vs Germany