keputusan spain vs ireland 15 jun 2012 euro video

Keputusan Spain – Sepanyol vs Ireland 15 Jun 2012 Euro video

Sepanyol memanfaatkan peluang menentang Ireland untuk mencipta kemenangan bagi mencerahkan laluan ke pusingan suku akhir.Spain menewaskan Ireland 4-0 di Arena Gdansk pada perlawanan kedua Kumpulan C Euro 2012

Kebangkitan yang bermula daripada penyerang Chelsea, Fernando Torres menjadi penyumbang utama  apabila meledak dua gol iaitu pada minit ke 4 dan minit ke 70

Dua lagi gol Sepanyol diperoleh melalui David Silva pada minit ke 49 dan Cesc Fabregas minit ke 82 yang dimasukkan bagi menggantikan Torres pada minit ke 74

Kelebihan gol yang dimiliki Spain melonjakkan pasukan mereka menjadi pendahulu kumpulan C dengan 4 mata berkongsi mata bersama pasukan Croatia yang seri 1-1 menentang Italy

Perlawanan terakhir peringkat kumpulan nanti, Sepanyol akan menentang Croatia manakala Itali akan bertemu Ireland pada 19 Jun 2012

Facebook : Komen dan Maklumat Dari Pembaca