keputusan terkini liga super 19 jun 2012
Lupakan sejenak aksi Euro 2012,kita kembali kancah Liga Super Malaysia.Malam ini akan berlangsung 7 perlawanan yang akan menentukan hala tuju setiap pasukan dalam usaha untuk memperbaiki kedudukan liga
Kedudukan Lions XII selaku pendahulu liga semakin tergugat,ekoran pasukan Kelantan kian menghampiri mereka.Meskipun Lions XII mencapai kemenangan pada baki perlawanan seterusnya belum tentu lagi mereka akan bergelar juara,kerana Kelantan mempunyai peluang yang cerah untuk memintas dengan kelebihan baki perlawanan yang ada
Dalam perkembangan lain pasukan Selangor,Terengganu,Perak,Negeri Sembilan dan T-Team juga mampu meletakan pasukan mereka di kedudukan terbaik kerana jurang perbezaan mata masing-masing begitu hampir.Justeru itu setiap pasukan akan berjuang berhabisan untuk memperolehi kemenangan
Dibawah adalah jadual dan keputusan liga super 19.6.2012 yang akan dikemaskini secara live score
| Masa Perlawanan | Pasukan Tuan Rumah | Jaringan | Keputusan | Pasukan Pelawat |
|---|---|---|---|
| 8.15 mlm | Sabah | 0 – 4 | PKNS FC |
| 8.45 mlm | Johor FC | 2 – 1 | Kedah |
| 8.45 mlm | Kuala Lumpur | 0 – 1 | Kelantan |
| 8.45 mlm | Negeri Sembilan | 3 – 1 | Sarawak |
| 8.45 mlm | Perak | 2 – 1 | Felda United |
| 8.45 mlm | Selangor | 5 – 0 | T – Team |
| 8.45 mlm | Terengganu | 0 – 1 | Lions XII |
Status – Keputusan penuh
Kedudukan terkini Liga Super 19 Jun 2012