keputusan terkini malaysia vs myanmar 3 julai 2012
Skuad Harimau Muda akan menghadapi cabaran terakhir dalam kumpulan G kelayakan Piala AFC Bawah 22 Tahun (B-22) menentang pasukan tuan rumah Myanmar di Stadium Thuwunna, Yangon jam 7.45 malam ini
Dalam perkembangan semasa di kedudukan kumpulan G,Skuad muda negara kini menghuni tempat ketiga dengan sembilan mata hasil tiga kemenangan dan sekali tewas sebelum ini, ketinggalan satu mata di belakang Myanmar dan juga Korea Selatan
Jadi,hanya dengan kemenangan sahaja dan mengutip 3 mata penuh sekaligus mengubah posisi Malaysia menjadi 2 pasukan teratas setiap kumpulan yang akan layak ke pusingan terakhir tahun depan
Ikuti keputusan secara live score yang akan menentukan hala tuju skuad Harimau muda dalam kempen kelayakan Piala AFC 2013
| Kelayakan Piala AFC 2012 Kumpulan G Perlawanan ke-5 | Status |
|---|---|
| Malaysia ( 1 ) – ( 2 ) Myanmar | Keputusan Penuh |
Dengan Kekalahan ini,Malaysia tercicir untuk menjadi 2 pasukan teratas dalam peringkat kumpulan G yang mara ke pusingan akhir secara automatik