MALAYSIA VS JEPUN KELAYAKAN OLIMPIK 22 FEBRUARI 2012

Perlawanan bola sepak diantara pasukan Olimpik Malaysia (Harimau Muda )lawan Japan pada 22 Februari ini merupakan aksi saingan dalam misi memburu slot seterusnya dalam kelayakan Olimpik London 2012 bagi zon Asia peringkat kumpulan C

Rekod pertemuan aksi pertama sebelum ini di Stadium Tosu, Fukuoka pada September tahun lepas Malaysia tewas 0-2

malaysia vs jepun MALAYSIA VS JEPUN KELAYAKAN OLIMPIK 22 FEBRUARI 2012

Meskipun peluang untuk mara ke temasya Olimpik di London sudah pun tertutup rapat buat pasukan Malaysia,tetapi kejohanan yang julung kalinya disertai oleh pasukan bolasepak negara ini harus dimanfaatkan sebaik mungkin untuk mengetahui tahap peningkatan mutu bolasepak negara di masa ini

Memetik kata Ong Kim Swee di laman berita

BILA lagi kita berpeluang berdepan pasukan kelas dunia seperti Jepun selepas ini? “Justeru, saya pasti menurunkan pasukan terbaik sekali gus menyahut cabaran Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri (Ahmad Shabery Cheek)

Walaupun perbezaan ketara antara Jepun dan pasukan kita bagai langit dan bumi, ia bukan bermakna kami mahu menyerah kalah sebegitu sahaja

Jadi, peluang yang jarang kali kita peroleh menentang Jepun pastinya dimanfaatkan sebaik mungkin bagi menyahut bukan sahaja cabaran Datuk Seri, tetapi juga membalas semula sokongan padu penyokong tempatan

Kedudukan Malaysia di Kumpulan C setelah tewas 4 perlawanan

Team GP W D L GF GA +/- Pts
Syria 4 3 0 1 8 4 4 9
Jepun 4 3 0 1 7 3 4 9
Bahrain 4 2 0 2 6 8 -2 6
MALAYSIA 4 0 0 4 4 9 -6 0

Perlawanan terakhir kelayakan Syria vs Malaysia 14 Mac 2012

Nantikan perlawanan Malaysia lawan Jepun pada 22 Februari,Rabu ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.Difahamkan kebelasan utama pemain akan diumumkan pada hari perlawanan

Video aksi perlawanan pertama,Malaysia ( 0 ) – ( 2 ) Jepun

Facebook : Komen dan Maklumat Dari Pembaca