pengadil shokri nor didakwa terima suapan rm15 ribu

Pengadil Shokri Nor didakwa terima suapan RM15 ribu
shokri nor pengadil shokri nor didakwa terima suapan rm15 ribu

Gambar – Shokri Nor

kecoh!telah diberitakan seorang pengadil dari Malaysia,Shukri Nor bersamanya seorang lagi rakyat Malaysia, Thana Segar Sinnaiah didakwa di mahkamah Singapura  atas tuduhan bersetuju menerima suapan RM15,000 untuk mengatur perlawanan Liga Super, membabitkan Lions XII menentang Sarawak  pada Selasa lalu

Mereka berdua dituduh melakukan kesalahan itu pada 19 Mei lepas di sebuah bilik hotel di Pulau Pinang

Mereka juga didakwa bersetuju menerima suapan RM15,000 setiap seorang

Dalam pada itu,mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin $50,000 (RM123,272) seorang sebelum kes itu disebut semula pada 31 Mei ini

Shokri Nor yang berasal dari Kedah,ditahan oleh Anggota Biro Siasatan Amalan Rasuah Singapura sebelum bermulanya perlawanan antara kedua-dua pasukan

Mengenai keputusan perlawanan tersebut,Lions XII, mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Sarawak yang diambil alih oleh pengadil lain

Mengenai tindakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terhadap kes ini,FAM akan menunggu keputusan perbicaraan sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut ke atas  Shokri Nor

Facebook : Komen dan Maklumat Dari Pembaca