perlawanan piala malaysia 2012 pada aidilfitri ke-4

Perlawanan Piala Malaysia 2012 pada Aidilfitri ke-4

Piala Malaysia 2012 perlawanan piala malaysia 2012 pada aidilfitri ke 4

Dua belas pasukan teratas Liga Super dan empat pasukan teratas Liga Perdana akan bersaing dalam Piala Malaysia musim ini bermula pada hari keempat Aidilfitri

Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata langkah itu diambil kerana FAM ingin memberi lebih ruang kepada pasukan kebangsaan mempersiapkan diri bagi mempertahankan Piala Suzuki AFF, mulai November depan

“Selain itu, kita turut mengambil kira Kelantan terbabit dalam suku akhir Piala AFC. Bagi kita tiada masalah setiap pasukan mula beraksi pada hari keempat Aidilfitri kerana perkara sama pernah berlaku sebelum ini,” katanya selepas menyampaikan hadiah kepada pasukan Liga Super dan Liga Perdana di Wisma FAM, Kelana Jaya

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM berkata, 12 pasukan teratas Liga Super dan empat pasukan teratas Liga Perdana terbabit dalam kejohanan kali ini dengan final akan berlangsung pada 20 Oktober depan

Senarai 16 Pasukan yang beraksi di Piala Malaysia 2012

Kelantan
Lions XII FC
Selangor
Perak
Terengganu
Negeri Sembilan
PKNS
Johor FC
T-Team
Felda United
Sarawak
Kedah
ATM
Pahang
Sime Darby
Johor FA

Facebook : Komen dan Maklumat Dari Pembaca