PIALA SUMBANGSIH 2012 KELANTAN VS NEGERI SEMBILAN DI BUKIT JALIL

Perlawanan merebut Piala Sumbangsih antara Kelantan dan Negeri Sembilan yang sebelum ini dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Baharu pada 7 Januari kini diubah ke Stadium Nasional Bukit Jalil

Kelantan merupakan juara Liga Super manakala Negeri Sembilan juara Piala Malaysia musim lepas

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, keputusan tersebut dibuat ekoran masalah tengkujuh di Kelantan ketika ini

Piala Sumbangsih Kelantan VS Negeri Sembilan PIALA SUMBANGSIH 2012 KELANTAN VS NEGERI SEMBILAN DI BUKIT JALIL

Disebabkan masalah hujan yang berlarutan serta beberapa masalah lain, mesyuarat jawatankuasa pengelola perlawanan Sumbangsih di Kota Baharu hari ini memutuskan untuk mengubah gelanggang perlawanan ke Stadium Nasional Bukit Jalil,katanya kepada Bernama

Beliau yang juga Naib Presiden FAM berkata, kedua-dua pasukan telah menyatakan persetujuan untuk beraksi di stadium yang boleh memuatkan hampir 90,000 penonton

Harga tiket, tarikh dan masa perlawanan 8.45 malam tidak berubah, katanya

JKPT FAM menetapkan tiket perlawanan tersebut berharga RM15 untuk tempat duduk terbuka dan RM30 untuk tempat duduk utama

Update – Keputusan Kelantan lawan Negeri Sembilan Piala Sumbangsih 2012

Facebook : Komen dan Maklumat Dari Pembaca