siaran langsung kelantan vs sarawak 14 julai 2012 liga super
Meskipun perlawanan ini dianggap sebagai pelengkap jadual bagi pasukan The Red Warriors yang telahpun dinobatkan selaku Juara Liga Super 2012,tetapi inilah saat yang dinantikan oleh seluruh rakyat Kelantan khususnya peminat setia untuk menyaksikan pasukan mereka menjulang trofi itu

Pertemuan Kelantan lawan Sarawak di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV, Kota Bharu merupakan aksi terakhir Liga Super.Bagi pasukan Sarawak perlawanan ini penting dan kemenangan harus dikecapi untuk mengelakkan pasukan mereka bermain playoff bagi merebut satu slot liga super musim depan
Astro Arena akan menyiarkan aksi terakhir Liga Super ini di kaca tv bermula seawal jam 8.00 malam.Untuk tontonan secara live streaming di internet sila layari laman web di url http://livestreamingnews.net
Di kesempatan ini kami dari warga penulis enciknakal.com ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan Kelantan kerana berjaya mempertahankan gelaran juara Liga Super dan semoga kejuaraan di miliki menjadi pemangkin bagi menempuh kejohanan yang lebih besar.Tahniah Kelantan!