siaran langsung perak vs kelantan liga super 17 mac 2012
Pertemuan yang menarik diantara Perak vs Kelantan di Stadium Ipoh akan disiarkan secara langsung menerusi RTM TV1 bermula jam 8.30 malam ini
Bagi pasukan Perak,Inilah perlawanan yang akan merawat kembali kedukaan setelah tersingkir untuk ke suku akhir Piala FA setelah ditewaskan 0-1 oleh Terengganu di pusingan kedua Piala FA pada 10 Mac tempoh hari
Kelantan pastinya akan menggunakan perlawanan ini dengan meraih kemenangan untuk memperkasakan lagi kedudukan selaku pendahulu Liga Super setakat ini.
Dalam pada itu,The Red Warriors dijangka turun tanpa penyerang prolifik, Norshahrul Idlan Talaha yang cedera,tetapi mungkin faktor ini tidak akan melunturkan semangat pemain, malah Bojan Hodak tetap menuntut aksi lebih hebat daripada anak buahnya
Astro Arena saluran 801 akan menyiarkan perlawanan diantara Sarawak lawan LionsXII
