video kelantan vs qpr 20 julai 2012

Video Kelantan vs QPR Queens Park Rangers-keputusan

video qpr vs kelantan video kelantan vs qpr 20 julai 2012

Catatan keputusan yang sama sewaktu pasukan QPR menewaskan pilihan Sabah,diadaptasi dengan menewaskan Kelantan dengan jaringan gol 5-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam

QPR bermula garang dan menjaringkan gol pertama mereka pada minit ke-17 menerusi Shaun Wright Phillips yang gagal diselamatkan oleh penjaga gawang The Red Warriors, Mohd Shahrizan Ismail yang menggantikan Khairul Fahmi

Di babak kedua,para pemain QPR mula menunjukkan sedikit aksi sebenar mereka,hasilnya mereka berjaya menambah 4 gol lagi melalui jaringan  Michael Harriman, Jamie Mackie,Bobby Zamora dan  Heidar Helguson  melengkapkan koleksi 5 gol QPR pada minit akhir perlawanan

Peluang terbaik Kelantan dalam usaha mencari gol menerusi percubaan Norshahrul Idlan Talaha dari luar kotak penalti yang berjaya ditepis keluar penjaga gol Robert Green, pada minit ke-21

QPR akan menamatkan Jelajah Asia mereka dengan menentang Persebaya Surabaya di Stadium Gelora Bung Tomo di Surabaya, Indonesia, Isnin ini

Facebook : Komen dan Maklumat Dari Pembaca