video malaysia vs arsenal 24 julai 2012

Realitinya,keputusan tewas 1-2 yang berjaya dilakarkan oleh skuad Harimau Malaya ketika menentang The Gunners pada aksi perlawanan persahabatan antarabangsa jelajah asia 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil
Meskipun satu ketika Malaysia berjaya di depan menerusi rembatan Azmi Muslim pada minit akhir separuh masa kedua.Tetapi pada babak kedua di 5 minit terakhir,Arsenal berjaya mengubah catatan keputusan hasil jaringan Thomas Eisfeld dan Chuks Aneke untuk meletakkan Arsenal sekali lagi memperolehi kemenangan pada pertemuan kedua menentang skuad negara
Statistik perlawanan di babak pertama cukup membuktikan Malaysia menguasai permainan.Ternyata formula K.Rajagobal di awal 45 minit nampak menjadi.Namun dengan kemasukkan beberapa pemain gantian sedikit sebanyak mengubah rentak serangan dan pertahanan di separuh masa kedua
Hakikatnya inilah medan untuk K.Rajagobal untuk menguji barisan anak buahnya dalam usaha menghadapi saingan dan misi mempertahankan piala AFF Suzuki nanti