video malaysia vs vietnam 30 jun 2012
Video Malaysia vs Vietnam 30 Jun 2012 – Kelayakan Piala AFC 2013 B-22 Kumpulan G
Rozaimi Abdul Rahman sekali lagi membawa skuad Harimau Muda ke landasan kecemerlangan dalam menghadapi saingan kelayakan Piala Asia bawah 22 tahun setelah menciptakan hatrik bagi Malaysia mencatatkan kemenangan 3-0 menentang Vietnam pada aksi keempat Kumpulan G
Hatrik kali kedua ini sekaligus meletakkan beliau selaku nama penjaring terbanyak dalam kempen kelayakan ini.Rozaimi meledakkan hatrik di minit ke-52 dan dua gol lagi di masa kecederaan
Dengan kemenangan ini membawa Malaysia meraih 9 mata daripada empat perlawanan dan wajib mencatatkan kemenangan ke atas pasukan tuan rumah, Myanmar pada aksi terakhir Kumpulan G, Selasa ini jika mahu memastikan tempat ke pusingan akhir