Bonus Duit Raya 2018 Kakitangan Penjawat Awam Pesara Dapat Atau Tidak

Kakitangan Awam

Kakitangan Awam

Bermulanya Ramadhan dan dikuti dengan menjelangnya Aidilfitri, kakitangan atau penjawat awam mahupun pesara awam pastinya akan membayangkan berita baik dari kerajaan iaitu pemberian bonus saguhati atau “duit raya” sempena perayaan tersebut

Bagi penjawat awam, mereka bukannya mengamalkan sikap terlalu mengharapkan pemberian bonus tetapi dengan pemberian bonus daripada kerajaan itu sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban dalam membuat persiapan hari raya kerana perbelanjaan ketika Ramadan dan Aidilfitri adalah tinggi berbanding hari-hari biasa

Bonus Duit Raya 2018 Kakitangan Penjawat Dan Pesara Awam Dapat Atau Tidak?

Dalam suasana ekonomi sekarang, warga kakitangan kerajaan perlu juga memahami kedudukan kewangan dan keutamaan yang harus diberikan oleh kerajaan kepada rakyat keseluruhannya dan negara

Seandainya kerajaan tidak dapat memenuhi permintaan pemberian bonus (duit raya) Aidilfitri 2018, itu bukan bermakna kerajaan tidak prihatin soal kebajikan penjawat awam

Apa yang diperhatikan, sudah banyak kemudahan yang lebih besar nilainya daripada pemberian bonus diberi kepada penjawat awam

Antara sedar atau tidak, pelbagai bentuk kemudahan disediakan untuk penjawat awam baik pinjaman perumahan, kenderaan, rawatan dan perubatan hospital, kemudahan melanjutkan pelajaran dan pelbagai elaun

Tidak keterlaluan rasanya mengatakan kerajaan Malaysia adalah antara yang paling prihatin di dunia terhadap penjawat awamnya kerana setiap tahun kerajaan memberikan bayaran bantuan khas terutamanya bersempena dengan perayaan untuk penjawat awam dan tidak lupa juga kepada pesara kakitangan awam

Pada tahun lepas (2017), kerajaan telah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada 1.6 juta penjawat awam dan RM250 kepada 743,000 pesara kerajaan sebagai persiapan menyambut Aidilfitri

Bagaimana pula untuk tahun ini? dapat atau tidak? sebarang berita mengenai bonus duit raya atau bantuan khas kewangan sempena Aidilfitri untuk penjawat awam dan pesara awam akan MYsumber kongsikan dalam ruangan ini berdasarkan dari sumber yang boleh dipercayai dan sahih sebagai makluman bersama

Kakitangan atau penjawat awam mahupun pesara awam boleh mengikuti berita yang berkaitan berhubung dengan pemberian bonus saguhati / bantuan khas kewangan / duit raya sempena perayaan Aidilfitri tahun 2018 melalui ruangan kemaskini berikut

Ruangan Kemaskini Berita Bonus Duit Raya Aidilfitri Penjawat Dan Pesara Awam 2018

Cuepacs Mohon Bonus Hari Raya Aidilfitri 1 1/2 Bulan Gaji

Bonus satu setengah bulan gaji yang dtuntut oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (Cuepacs) untuk penjawat awam dalam Bajet 2018 tidak menjadi kenyataan

Untuk tidak mengecewakan semua, Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan Bayaran Khas sebanyak RM1,500 kepada penjawat awam dan RM750 untuk pesara kerajaan

Bayaran Khas akan dibuat dua kali iaitu RM1,000 pada Januari 2018 dan RM500 menjelang Aidilfitri 2018. Pesara Kerajaan pula akan menerima bayaran pertama sebanyak RM500 dan bayaran kedua RM250

Kerajaan Beri Bantuan Khas Kewangan Kepada Penjawat Dan Pesara Awam

Kerajaan mengumumkan memberi bantuan khas kewangan sebanyak RM1,500 kepada penjawat awam serta RM750 bagi pesara awam melibatkan pembayaran pada Januari 2018 dan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini

Pembayaran bantuan khas Aidilfitri iiaitu sebanyak RM500 (Penjawat Awam) dan RM250 (Pesara Kerajaan) akan dibuat pada 7 Jun 2018

Tarikh Dan Jumlah Pembayaran Khas Kakitangan Awam Dan Pesara Kerajaan Bajet 2018

Bayaran khas dan bayaran khas aidilfitri 2018:

Penjawat Awam

  • RM1,500
  • RM1,000 : Bayaran Khas 2017 (8 Januari 2018)
  • RM500 : Bayaran Khas Aidilfitri 2018 (7 Jun 2018)

Pesara Kerajaan

  • RM750
  • RM500 : Bayaran Khas 2017 (8 Januari 2018)
  • RM250 : Bayaran Khas Aidilfitri 2018 (7 Jun 2018)

Tarikh pembayaran adalah tertakluk kepada perubahan jika ada

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan