Bonus raya 2016 kakitangan penjawat awam dapat atau tidak

06:00 Redaksi Admin

Bonus Raya Penjawat Awam 2016

Bermulanya Ramadhan dan dikuti dengan menjelangnya Aidilfitri, kakitangan atau penjawat awam pastinya akan membayangkan berita baik dari kerajaan iaitu pemberian bonus saguhati sempena perayaan tersebut

Bagi penjawat awam, mereka bukannya mengamalkan sikap terlalu mengharapkan pemberian bonus tetapi dengan pemberian bonus daripada kerajaan itu sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban dalam membuat persiapan hari raya kerana perbelanjaan ketika Ramadan dan Aidilfitri adalah tinggi berbanding hari biasa

BONUS RAYA 2016 KAKITANGAN ATAU PENJAWAT AWAM DAPAT ATAU TIDAK?

Bagaimanapun, dalam suasana ekonomi sekarang, warga kakitangan kerajaan perlu juga memahami kedudukan kewangan dan keutamaan yang harus diberikan oleh kerajaan kepada rakyat keseluruhannya dan negara

Seandainya kerajaan tidak dapat memenuhi permintaan pemberian bonus Aidilfitri 2016, itu bukan bermakna kerajaan tidak prihatin soal kebajikan penjawat awam

Apa yang diperhatikan, sudah banyak kemudahan yang lebih besar nilainya daripada pemberian bonus diberi kepada penjawat awam

Antara sedar atau tidak, pelbagai bentuk kemudahan disediakan untuk penjawat awam baik pinjaman perumahan, kenderaan, rawatan dan perubatan hospital, kemudahan melanjutkan pelajaran dan pelbagai elaun

Tidak keterlaluan rasanya mengatakan kerajaan Malaysia adalah antara yang paling prihatin di dunia terhadap penjawat awamnya kerana setiap tahun kerajaan memberikan bayaran bantuan khas terutamanya bersempena dengan perayaan untuk penjawat awam dan tidak lupa juga kepada pesara kakitangan awam

Bagaimana pula untuk tahun ini? dapat atau tidak? sebarang berita mengenai bonus Aidilfitri untuk penjawat awam 2016 akan MYsumber kongsikan dalam ruangan ini berdasarkan dari sumber yang boleh dipercayai dan sahih untuk makluman bersama

RUANGAN KEMASKINI BERITA BONUS RAYA AIDILFITRI PENJAWAT AWAM 2016

Kakitangan atau penjawat awam boleh mengikuti berita yang berkaitan berhubung dengan pemberian bonus saguhati sempena perayaan Aidilfitri tahun 2016 melalui ruangan kemaskini berikut

31 Mei 2016 – CUEPACS Harap Kerajaan Bagi Bonus Satu Bulan Sempena Aidilfitri 2016
CUEPACS berharap dan meminta kerajaan memberi bonus satu bulan gaji kepada penjawat awam bagi persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada bulan Julai depan
Permintaan bonus sebulan gaji itu adalah tidak keterlaluan berikutan ia satu keperluan seiring dengan kenaikan harga barang serta kos sara hidup yang tinggi sekarang
Selain itu, CUEPACS juga berharap kerajaan negeri yang berkemampuan dapat memberi bonus kepada kakitangan menjelang Hari Raya
Memandangkan bonus itu merupakan satu keperluan, kakitangan kerajaan sudah pastinya akan kecewa sekiranya permintaan bonus satu bulan gaji berkenaan tidak dapat ditunaikan
1 Jun 2016 – Berita Palsu PM Najib Umum Bonus Raya Setengah Bulan Gaji
Kakitangan kerajaan diminta tidak mempercayai sebaran laporan berita yang disunting semula oleh individu atau pihak tidak bertanggungjawab yang mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan bonus sebanyak setengah bulan gaji sempena Aidilfitri 2016
Penyebaran berita palsu itu dipercayai tersebar meluas (viral) di rangkaian laman media sosial sejak hari Rabu 1 Jun 2016
Sebagai makluman, setakat ini kerajaan belum membuat sebarang pengumuman berhubung dengan pemberian bonus raya Aidilfitri 2016
2 Jun 2016 – Cuepacs Hasrat Jumpa PM Najib Bincang Bonus Aidilfitri
Cuepacs berhasrat menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan pemberian bonus kepada penjawat awam untuk persiapan Aidilfitri – Presiden Cuepacs

Duit Raya 2016 Kakitangan Awam Pesara

8 Jun 2016 –Update(Rasmi) Bantuan Khas Penjawat Awam RM500, Pesara RM250
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada hari Rabu (8 Jun 2016) telah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada penjawat awam sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri
Sementara, bantuan khas sebanyak RM250 turut diberikan kepada pesara kerajaan bagi menghargai jasa perkhidmatan mereka
Pembayaran bagi bantuan khas untuk penjawat awam dan pesara kerajaan itu akan dibuat pada 13 Jun 2016
Dengan pemberian bantuan khas tersebut, kerajaan berharap ia dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri 2016
Dalam pengumuman yang sama, penjawat awam diberitahu akan menikmati satu kenaikan gaji tahunan (KGT) pada Julai ini
Facebook ShareTwitter ShareGoogleplus Share