Tarikh Bayaran Jumlah Bonus Duit Raya 2024 Kakitangan Awam Selangor

Kakitangan Awam

Kakitangan Awam

Berapa bonus raya penjawat awam Selangor? Semua anggota perkhidmatan awam atau kakitangan awam yang berkhidmat di bawah pentadbiran kerajaan negeri Selangor telah mendapat perkhabaran gembira iaitu menerima bonus duit raya Aidilfitri 2024 (bantuan khas kewangan).

Jumlah bantuan khas kewangan sempena hari raya Aidilfitri pada tahun ini 2024 telah diumumkan sebanyak satu bulan gaji atau minimum RM1,000. Turut menerima bantuan kewangan khas ini adalah pemimpin masyarakat iaitu Pengerusi MPKK, Pegawai Perhubungan Kampung Baru/ Bagan/ Tersusun, Ketua Komuniti India dan Penyelia Wanita Berdaya Selangor (WBS) sebanyak RM1,000

Manakala Penggerak Belia Selangor (PeBs) pula menerima BKK berjumlah sebulan elaun. Dalam masa yang sama BKK sebanyak RM500 turut diberikan kepada Setiausaha MPKK dan petugas masjid (Nazir, Imam, Siak dan Bilal) akan yang akan disumbangkan melalui CSR Anak Syarikat Kerajaan Negeri

Bagi tahun 2024, pemberian bantuan khas kewangan ini telah diumumkan oleh Menteri Besar Selangor pada 22 Mac 2024. Jumlah peruntukan keseluruhan adalah sebanyak RM45 juta

Tarikh Pembayaran Dan Jumlah Bonus Duit Raya 2024 Kakitangan Awam Negeri Selangor

Tarikh pembayaran bonus raya Aidilfitri 2024 atau bantuan khas kewangan kepada kakitangan negeri Selangor akan diumumkan. Tarikh pembayaran bonus 2024 dibuat pada tarikh seperti berikut:

Bantuan Khas kewangan Aidilfitri 2024:

  • Disalurkan pada 8 April 2024

1. Satu Bulan Gaji atau Minimum RM1,000

  • Semua Anggota Perkhidmatan Kerajaan Negeri
  • Termasuk Anggota Perkhidmatan Kerajaan Negeri Di Bawah Penggajian Kerajaan Persekutuan
  • Ahli Dewan Negeri
  • Guru KAFA

2. Sebulan Elaun

Pemimpin Masyarakat:

  • Pengerusi MPKK
  • Setiausaha, Pegawai Perhubungan Kampung Baru / Bagan / Tersusun
  • Ketua Komuniti India
  • Penyelia Wanita Berdaya Selangor (WBS)
  • Penggerak Belia Selangor

3. RM500

  • Setiausaha MPKK dan Petugas Masjid Termasuk:
    • Nazir
    • Imam
    • Siak
    • Bilal
  • Guru Rakyat (SRA/ SRAI/ KAFA/ PRA)

Di bawah adalah infografik bantuan kewangan aidilfitri pada tahun 2023 sebagai rujukan

bonus-raya-selangor-2023

Di bawah adalah infografik bantuan kewangan aidilfitri pada tahun 2022 sebagai rujukan

Kakitangan Awam

Kakitangan Awam

Kakitangan Awam

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan